Platelet Rich Plasma (PRP) adalah rawatan yang menggunakan
darah sendiri merupakan teknologi terkini dalam bidang estatik yang digunakan
secara meluas termasuk di negara ini. PRP juga dikenali sebagai “vampire facial”
atau “dracula facial” Darah sendiri akan diproses dengan menggunakan mesin “centrifuge”
dan plasma yang akan disuntik pada bahagian wajah.
Dengan menggunakan mesogun atau teknik mesoterapi untuk suntikan
plasma pada wajah, ia dapat merangsang peningkatan kolagen dan mencerahkan
kulit menerusi stem sel yang terkandung dalam plasma secara semula jadi.
Kelebihan rawatan PRP:
- Melembabkan dan mencerahkan kulit muka
- Melicinkan dan menegangkan kulit wajah
- Mengurangkan garisan halus dan kedutan di muka
- Mengurangkan bekas parut jerawat
- Mengecilkan liang-liang pori
- Memudarkan bintik-bintik hitam dan parut jerawat
- Mengurangkan sensitiviti kulit
- Mengurangkan lingkaran gelap halus dan kedutan di sekeliling
mata
- Kurangkan tanda regangan dan selulit
- Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada leher dan tangan
No comments:
Post a Comment