Intensif Pulse Light (IPL) adalah
rawatan kecantikan yang menggunakan peranti pemancaran cahaya spektrum luas
yang menjadikannya mampu menangani beberapa masalah kulit, terutamanya yang
disebabkan oleh penuaan kulit yang pramatang dan semula jadi. IPL mampu memnembusi
ke dalam lapisan kulit hingga mencapai
jaringan kolagen. Keberkesanan IPL mampu mencapai pada tahap 80-90% dan mampu
berfungsi dengan daya tinggi, menembusi kulit dan elemen-elemen sasaran khusus
seperti melanin, melasma dan rambut follikel serta hemoglobin dalam darah
pembuluh. Terapi IPL sangat sesuai untuk semua jenis kulit.
IPL Menghilangkan Rambut | Bulu (Hair
Removal)
Bagi menghilangkan rambut atau
bulu secara kekal, IPL akan merosakkan folikel rambut. Sebelum IPL dilakukan
rambut yang tidak diingini akan dipotong atau dicukur terlebih dahulu. Cahaya
akan memasuki folikel rambut sehingga haba yang terhasilkan akan merosakkan
folikel rambut dan tidak akan berfungsi lagi dalam tempoh 4-5 tahun atau lebih
lama lagi.
IPL Jerawat
Fungsi IPL sebagai terapi
photodynamic (PDT) dalam rawatan jerawat. Protoporfirin yang dihasilkan oleh
Propionibacterium acnes (P. acnes) bereaksi dengan cahaya IPL dan menyebabkan
kematian bakteria dan mengurangkan keradangan muka merah.
IPL Jeragat
Teknologi IPL adalah terapi
laser. IPL menghasilkan cahaya merah atau biru intensif yang boleh merosakkan
tisu dermis yang tidak diingini tanpa merosakkan lapisan epidermis. Proses
semula jadi tubuh akan berfungsi untuk menghapuskan bahagian yang tidak
diingini.
Pigmen hitam dan kecoklatan boleh
dikeluarkan dengan terapi IPL dengan selamat, berkesan dan popular. Secara
umumnya ia mengambil masa 8-10 kali terapi pada selang masa 3-4 minggu. Terapi
IPL memerlukan pengulangan kerana hasil terapi diperoleh secara berperingkat
dengan risiko komplikasi yang sangat kecil.
IPL Rejuvinasi (Rejuvination)
IPL akan meningkatkan pengeluaran
kolagen yang akan menjadikan kulit lebih anjal dan mengurangkan kedutan pada
wajah serta menjadikannya kelihatan lebih muda.
HARGA RAWATAN IPL HANYA RM200
SEBARANG TEMPAHAN DAN PERTANYAAN
No comments:
Post a Comment