Saturday, September 1, 2018

Detox Natural Peel



Detoks wajah dilakukan bagi mengeluarkan kotoran di dalam wajah untuk melancarkan metabolisme pada wajah sehingga wajah menjadi segar dan tampak muda. Rawatan detoks yang maksimum perlu dilakukan beberapa sesi setiap dua ke tiga minggu selama empat kali bagi memastikan pembersihan yang optimum pada wajah.

Detoks wajah mampu untuk mencerahkan wajah dan mengurangkan kulit kusam serta membantu menyembuhkan jerawat aktif dan mengurangkan parut jerawat. Toksin yang dikeluarkan dari wajah,  dapat mengurangkan masalah pigmentasi sekali gus mengembalikan keremajaan kulit dan sebagai antipenuaan, Bagi melakukan rawatan detoks wajah, krim khas yang mengandungi ekstrak tumbuhan laut iaitu rumpai laut.
Sumber: Harian Metro

Kelebihan Detoks:

- Mengurangkan dan mengecutkan jerawat aktif
- Mengurangkan parut jerawat
- Mengurangkan kuit kusam

HARGA RAWATAN DETOKS PEEL HANYA RM150

SEBARANG TEMPAHAN DAN PERTANYAAN





Intensif Pulse Light (IPL) adalah rawatan kecantikan yang menggunakan peranti pemancaran cahaya spektrum luas yang menjadikannya mampu menangani beberapa masalah kulit, terutamanya yang disebabkan oleh penuaan kulit yang pramatang dan semula jadi. IPL mampu memnembusi  ke dalam lapisan kulit hingga mencapai jaringan kolagen. Keberkesanan IPL mampu mencapai pada tahap 80-90% dan mampu berfungsi dengan daya tinggi, menembusi kulit dan elemen-elemen sasaran khusus seperti melanin, melasma dan rambut follikel serta hemoglobin dalam darah pembuluh. Terapi IPL sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

IPL Menghilangkan Rambut | Bulu (Hair Removal)

Bagi menghilangkan rambut atau bulu secara kekal, IPL akan merosakkan folikel rambut. Sebelum IPL dilakukan rambut yang tidak diingini akan dipotong atau dicukur terlebih dahulu. Cahaya akan memasuki folikel rambut sehingga haba yang terhasilkan akan merosakkan folikel rambut dan tidak akan berfungsi lagi dalam tempoh 4-5 tahun atau lebih lama lagi.

IPL Jerawat

Fungsi IPL sebagai terapi photodynamic (PDT) dalam rawatan jerawat. Protoporfirin yang dihasilkan oleh Propionibacterium acnes (P. acnes) bereaksi dengan cahaya IPL dan menyebabkan kematian bakteria dan mengurangkan keradangan muka merah.

IPL Jeragat

Teknologi IPL adalah terapi laser. IPL menghasilkan cahaya merah atau biru intensif yang boleh merosakkan tisu dermis yang tidak diingini tanpa merosakkan lapisan epidermis. Proses semula jadi tubuh akan berfungsi untuk menghapuskan bahagian yang tidak diingini.
Pigmen hitam dan kecoklatan boleh dikeluarkan dengan terapi IPL dengan selamat, berkesan dan popular. Secara umumnya ia mengambil masa 8-10 kali terapi pada selang masa 3-4 minggu. Terapi IPL memerlukan pengulangan kerana hasil terapi diperoleh secara berperingkat dengan risiko komplikasi yang sangat kecil.

IPL Rejuvinasi (Rejuvination)

IPL akan meningkatkan pengeluaran kolagen yang akan menjadikan kulit lebih anjal dan mengurangkan kedutan pada wajah serta menjadikannya kelihatan lebih muda.

HARGA RAWATAN IPL HANYA RM200 

SEBARANG TEMPAHAN DAN PERTANYAAN 

Mesoterapi | Mesoteraphy Mesogun


Mesoterapi adalah satu rawatan yang memasukkan bahan ubat atau vitamin ke dalam lapisan kulit yang disebut dermis. Teknik mesoterapi yang biasa digunakan adalah menggunakan jarum (needle mesotheraphy) atau tidak menggunakan jarum (non needle mesotheraphy). Teknik terkini yang digunakan adalah dengan menggunakan alat mesogun.


Mesotherapi dengan alat mesogun dapat merangsang terbentuknya kolagen, apabila ubat atau vitamin yang dimasukkan adalah zat yang dapat merangsang pembentukan kolagen, maka kolagen yang terbentuk akan lebih banyak sehingga parut menjadi semakin datar dan permukaan kulit menjadi lebih halus.


Antara rawatan yang boleh dilakukan dengan menggunakan mesogun ialah PRP (Platet Rich Plasma) dan Vitamin C untuk memutihkan wajah.

Kelebihan mesoterapi bergantung kepada bahan-bahan yang disuntik seperti:

- Mengeluarkan jerawat muka
- Melembapkan dan mencerahkan kulit muka
- Mengurangkan bintik dan parut jerawat
- Mengecilkan liang pori
- Mengurangkan lingkaran hitam dan kedutan di sekeliling mata

HARGA RAWATAN MESOTERAPI BERGANTUNG KEPADA JENIS RAWATAN

SEBARANG TEMPAHAN DAN PERTANYAAN

Platelet Rich Plasma (PRP)






Platelet Rich Plasma (PRP) adalah rawatan yang menggunakan darah sendiri merupakan teknologi terkini dalam bidang estatik yang digunakan secara meluas termasuk di negara ini. PRP juga dikenali sebagai “vampire facial” atau “dracula facial” Darah sendiri akan diproses dengan menggunakan mesin “centrifuge” dan plasma yang akan disuntik pada bahagian wajah.

Dengan menggunakan mesogun atau teknik mesoterapi untuk suntikan plasma pada wajah, ia dapat merangsang peningkatan kolagen dan mencerahkan kulit menerusi stem sel yang terkandung dalam plasma secara semula jadi.

Kelebihan rawatan PRP:

- Melembabkan dan mencerahkan kulit muka
- Melicinkan dan menegangkan kulit wajah
- Mengurangkan garisan halus dan kedutan di muka
- Mengurangkan bekas parut jerawat
- Mengecilkan liang-liang pori
- Memudarkan bintik-bintik hitam dan parut jerawat
- Mengurangkan sensitiviti kulit
- Mengurangkan lingkaran gelap halus dan kedutan di sekeliling mata
- Kurangkan tanda regangan dan selulit

- Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada leher dan tangan

BB Glow


Promosi Korean BB Glow

Percuma rawatan tambahan dalam sesi yang sama:
Hydrafacial
Carbon Peel
Photo Shower
Dermapen

Kelebihan setiap rawatan:

💆🏼‍♂💆🏼‍♀Rawatan BB Glow | Sulam Bedak💆🏼‍♀💆🏼‍♂
✨Mencerahkan wajah
✨Menyinarkan "glowing" wajah
✨Sekatakan warna kulit

💆🏼‍♂💆🏼‍♀Rawatan Hydrofacial💆🏼‍♀💆🏼‍♂
💧Membersihkan pori dan permukaan kulit
💧Menanggalkan "blackhead" dan "whitehead"
💧Membuang sel kulit mati
💧Sekatakan warna kulit

💆🏼‍♂💆🏼‍♀Rawatan Carbon Peel Laser💆🏼‍♀💆🏼‍♂
🔬Mengecilkan pori
🔬Mencerahkan kulit
🔬Menghasilkan kolagen pada kulit

💆🏼‍♂💆🏼‍♀Rawatan IPL|Photo Shower💆🏼‍♀💆🏼‍♂
❄Mengatasi tona kulit yang kusam
❄Meratakan tona kulit
❄Merawat "freckle" "sunspot" dan "hyperpigmentation"

💆🏼‍♂💆🏼‍♀Rawatan Dermapen💆🏼‍♀💆🏼‍♂
⚡Menghaluskan (rejuvenation) kulit
⚡Menghilangkan bekas atau parut jerawat
⚡Mengurangkan garis-garis halus dan tanda-tanda penuaan pada kulit

HARGA PROMOSI RAWATAN SULAM BEDAK KOREAN BB GLOW HANYA RM250

SEBARANG TEMPAHAN DAN PERTANYAAN

Sulam Bedak Korean BB Glow


Sulam Bedak atau Korean BB Glow adalah Rawatan Separa Kekal yang bertujuan untuk mencerahkan permukaan wajah secara sekata seperti memakai bedak. Proses sulam bedak menggunakan MTS (Micro Needle Theraphy System) dengan menggunakan serum khas 100% "organic skin colour ampoules".

MTS memberi kesan pencerahan dan kesan rejuvenasi kulit dengan menggunakan dermapen. Sangat sesuai untuk orang yang mempunyai warna kulit gelap dan juga untuk mengurangkan kesan jeragat serta perubahan warna kulit yang disebabkan oleh jerawat dan penuaan.

Kelebihan Sulam Bedak Korean BB Glow:

- Menyerikan kulit dengan segera dan beransur-ansur
- Mengurangkan kandungan melanin dalam kulit sebelum dan selepas pendedahan UV
- Memulihkan tona kulit dan menyinarkan kulit 
- Mengurangkan perubahan warna kulit
- Berkesan mencerahkan kulit, memutihkan kulit dan peningkatan kedut
- Tidak akan menyumbatkan liang pori seperti memakai asas solek atau krim 

HARGA RAWATAN SULAM BEDAK KOREAN BB GLOW HANYA RM200 

SEBARANG TEMPAHAN DAN PERTANYAAN 

Microneedling Dermapen


Microneedling adalah prosedur mekanikal dalam bidang aesthetic, ia menggunakan pena jarum mikro yang mengandungi 12 jarum steril ultra-halus yang dipanggil dermapen. Jarum hanya disuntik ke dalam kulit yang membawa kepada pembentukan punca kecil dan pendarahan pada permukaan kulit. Kesakitan yang dialami adalah tahap yang sangat rendah kerana jarum hanya menusuk pada lapisan permukaan kulit. 

Saluran kecil yang dibuat oleh jarum adalah sama seperti luka. Proses penyembuhan luka atau kecederaan yang terhasil akan merangsang proses pembentukan kolagen pada kulit. Tubuh berhenti menghasilkan lebih banyak kolagen sebagai orang usia. Kulit muka Microneedling adalah cara untuk memulakan semula proses penghasilan kolagen dan elastin, yang kemudiannya akan mambentuk lapisan kulit baru lebih tebal dan lebih halus daripada sebelumnya.

Microneedling membantu mengeluarkan bintik-bintik gelap, parut permukaan, kedutan halus, parut jerawat, lingkaran hitam dan kedutan di bawah mata untuk memberikan wajah anda kelihatan bersinar dan sihat. Kulit muka akan menjadi tegang dan anjal serta wajah yang lebih muda. Tiada had umur untuk mencari yang terbaik. 

Kelebihan rawatan "microneedling" dermapen:

- Selamat untuk semua jenis kulit dan nada kulit
- Masa pemulihan yang minima
- Proses bebas kimia
- Meningkatkan keupayaan penyerapan kulit
- Boleh dilakukan pada mana-mana bahagian badan
- Menyelesaikan masalah muka dalam masa 3 hingga 6 bulan
- Tiada kesan sampingan
- Penyembuhan kulit secara semulajadi

HARGA RAWATAN MICRONEEDLING DERMAPEN HANYA RM200 

SEBARANG TEMPAHAN DAN PERTANYAAN 


Carbon Peel Laser



Rawatan "carbon peel" adalah rawatan laser yang tidak menyakitkan dengan masa pemulihan atau "downtime" yang sangat minima. Rawatan ini sangat sesuai kepada orang yang mempunyai kulit berminyak, bintik hitam atau "balck head", liang pori yang besar, kulit kusam dan jerawat di muka atau badan. Ia juga merupakan cara terbaik untuk mengelupaskan dan menyegarkan kulit. Selain memberikan penampilan kepada kulit yang  segar serta menjadikan kulit berasa lebih lembut, licin dan lebih kuat.

Lapisan karbon cair yang disapukan pada permukaan kulit dapat meresap jauh ke dalam liang-liang kulit menyebabkan cahaya laser sangat tertarik kepada zarah karbon. Apabila laser dilepaskan di kawasan yang disapu dengan lapisan karbon ini akan menghancurkan karbon tersebut, seterusnya menanggalkan sel kulit mati, bahan cemar dan minyak pada kulit.

Kelebihan rawatan carbon peel:

- Mengurangkan garis halus dan kedutan
- Mengetatkan liang diluaskan
- Mengurangkan jerawat, parut dan perubahan tona warna jerawat
- Mengeluarkan sel kulit mati dari lapisan epidermis yang cetek
- Merangsang pertumbuhan kolagen
- Meningkatkan tekstur kulit
- Membersihkan liang untuk membantu mengurangkan bintik hitam "black head" dan bintik putih "white head"

HARGA RAWATAN CARBON PEEL HANYA RM150 (N/P RM250)

SEBARANG TEMPAHAN DAN PERTANYAAN 
www.wasap.my/60199206997/carbonpeel

Hydrafacial




Hydrafacial MD merupakan teknologi terbaharu yang ada di pasaran. Hydrafacial membabitkan proses penghidratan dan pengelupasan halus pada kulit melalui teknik pusaran sedutan. Menggunakan alat yang berfungsi seperti microdermabrasion untuk menghakis kulit dan membuang kekotoran, tanpa menggunakan kristal atau bahan kimia yang kasar. Rawatan itu dengan vakum mini yang berasaskan air ini membantu menanggalkan sel kulit mati bagi membersihkan liang roma tersumbat, merangsang kulit baharu yang lebih bersih dan segar. 

Kelebihan rawatab hydrafacial:

- Merawat bintik hitam "blackhead" dan putih 'white head"
- Mengurangkan garis halus
- Menganjalkan kulit 
- Menyekatakan tona kulit, kulit kering, bekas jerawat dan pigmentasi.

Sumber: Berita Harian

HARGA RAWATAN HYDRAFACIAL HANYA RM150 (N/P RM250)

SEBARANG TEMPAHAN DAN PERTANYAAN 
www.wasap.my/60199206997/hydra

Hubungi


NO 22 TINGKAT 1
KOMPLEKS PERNIAGAAN SULTAN ABDUL HAMID
05050 ALOR SETAR KEDAH
0199206997
symphonyskinaor@gmail.com

Info


Symphony Skin & Health merupakan pusat kecantikan yang berkonsepkan spa rawatan kecantikan kulit. Symphony Skin & Health yang berpusat di Kuala Lumpur atau lebih tepat di Setapak merupakan Ibu Pejabat Symphony Skin & Health. Ditubuhkan pada tahun 2017 Symphony Skin & Health berkembang maju dengan pembukaan beberapa cawangan di utara dan selatan tanah air. Symphony Skin & Helath Alor Setar merupakan cawangan kedua Symphony Skin & Health selepas cawangan Shah Alam.  Di asaskan oleh Dr Zaki bin Sukri, Symphony Skin & Health komited untuk membantu menyelesaikan masalah kulit yang menjadi halangan kepada kecantikan. 



Symphony Skin & Health Alor Setar mula beroperasi pada pertengahan tahun 2018. Teletak di No 22 Tingkat 1 Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid Alor Setar, Symphony Skin & Health Alor Setar dimiliki oleh Syarikat RZS Beauty Empire yang menawarkan pelbagai rawatan kecantikan kulit seperti jerawat, jeragat dan lain-lain lagi dengan menggunakan mesin yang berteknologi tinggi serta terkini.